Monday, 31 October 2011

PERKHIDMATAN

1. AKADEMIK
2. KERJAYA
3. DISIPLIN
4.

GALERI XTVT


Kem Fasilitator PRS
Tempat: Kem Askar Wataniah Bukit Kuang
Tarikh : 26-17 februari 2011
Peserta ; PRS senior
Personal : Team  SNE

PROLOG BICARA

Salam perkenalan,

     UBK SMKSI 2 di bawah daya usaha PRS yang menjana laman diskusi ini berhasrat merekayasa kembali Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini agar lebih dinamik dan efektif. Dengan Visi dan Misi UBK yang telus dan berfokus kepada pendidikan masa hadapan, kami yakin UBK mampu memain peranannya.

     Dengan gejolak semasa yang menjanjikan sebarang kemungkinan, UBK dan PRS siap-siaga untuk berada di barisan hadapan dalam menangani sebarang isu sembilan fokus terkini yang menjadi penanda aras kejayaan UBK- Disiplin, Akademik, Kerjaya, Psikososial dan Kesejahteraan Mental, Keibubapaan, Pembangunan Diri, Pendidikan Pencegahan Dadah/Rokok/Inhalan dan HIV/AIDS, Pengurusan dan pentadbiran dan Perkhidmatan. 

     Di samping itu, Blog Kaunselor Maya SI2 ini sebuah dokumentasi yang sarat dengan inovasi, galeria aktiviti, informatik dan mesra pengguna kerana mempunyai medan interaktif sama ada umum mahupun privisi. Blog ini juga mempunyai tendensi untuk menjadi mediator ampuh antara pelajar, kaunselor, komuniti dan IPT serta jejambat untuk merangka masa depan yang lebih gemilang tanpa mengorbankan nilai murni hati budi dan estetika sahsiah.





AKAL MENGGAPAI GLOBALISASI, AKAR KEJAP MENCENGKAM BUMI”



Haji Samiron bin Rahmat                                       
GBKSM SMKSI 2
Kemaman

Friday, 9 September 2011

INTRODUKSI

SEJARAH SEKOLAH
  • ditubuhkan pada 1 Disember 1991
  • terletak di atas kawasan lebih kurang 7 ekar
  • tahun pertama pembukaan sekolah, seramai 525 orang murid dan 27 orang guru
  • sentiasa cemerlang dalam bidang INOVASI SAINS hingga ke peringkat antarabangsa

Antara Pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat :

1. Tuan Haji Sau Hamid bin Sagarlar AMN.PJK (Dis1991-Mac1992)
2. En Mokhtar @ Mukhtar bin Mohd PJK (Mac1992-Mac1997)
3. Puan Arita binti Abdullah (Mac1997-Feb1998)
4. Tuan Haji Zakaria @ Mohamad bin Idris (Feb 1998-Julai1998)
5. En Ishak bin Jaafar PJK (Julai1998-Nov2005)
6. Tuan Haji Mustafa bin Abd Ghani (Nov2005-Feb2011)
7. Puan Hajjah Roeidah binti Mat Yusoff (Feb2011-Sekarang)

INFO PERSONALIA


Nama : Tuan Haji Samiron bin Rahmat
Nama Pena : Nurimas SN
Tarikh Lahir : 22 March
Kelulusan : Bachelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UPM
Diploma Asas Perguruan, MPKB Kelantan
Talian Komunikasi : 012-9883261
email : nurimas_sn@yahoo.com.my
Facebook : Akademi Sanggar Nurimas
Blog : http://sanggarnurimas.blogspot.com/